suria

Berpuluh tahun baru teringat... doktor temui objek pelik dalam telinga wanita

Jordan akui doktor terlupa untuk mengeluarkan tiub tersebut yang berada dalam telinganya hampir 22 tahun.

TERKEJUT apabila seorang wanita mendapati dalam telinganya terdapat satu objek yang sudah hampir berpuluh tahun usianya.

Jordan yang berusia 26 tahun berkongsi kejadian tersebut melalui aplikasi Tiktok sehingga mendapat perhatian ramai.

ARTIKEL BERKAITAN : Kerana anak nak kahwin, bapa sanggup ubah suai kereta sport dibeli hampir 30 tahun lalu

Pada awalnya dia membuat pemeriksaan doktor kerana mengalami selsema, namun mengejutkan apabila doktor temui objek di dalam telinganya seperti berbentuk tiub.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Jordan menceritakan tiub tersebut pernah dimasukkan ke dalam gegendang telinga sewaktu umurnya empat tahun bagi mengurangkan cecair di bahagian belakang gegendang telinga.

Menurutnya, tiub tersebut akan dikeluarkan selepas 12 bulan, namun dia tidak menyangka ia berada dalam telinga selama 22 tahun.

Tambah Jordan, doktor perlu mengeluarkan tiub tersebut pada usianya 10 tahun tetapi dia mendakwa doktor terlupa, 12 tahun kemudian dia membuat keputusan untuk menjalani pembedahan.-Metro.uk

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

pelik, objek, global, wanita, telinga

Artikel Lain