BERPANTANG maut sebelum ajal! Seorang wanita yang tergelincir dan terjatuh daripada cerun berketinggian 60 kaki mengejutkan pegawai perubatan apabila dia terselamat, dalam satu kes yang jarang-jarang berlaku. Akibat insiden itu, Rebekah Crawford mengalami patah enam batang tulang belakang lumbar selain luka-luka di beberapa bahagian badan. Ketika kejadian yang berlaku Jun tahun lalu, ahli fisioterapi berusia 37 tahun itu sedang bersiar-siar dan berjalan bersama keluarganya di Lamorna Cove, Cornwall, sebelum dia hilang imbangan dan tergelincir. Keluarganya kemudian menghubungi 999 dan pasukan penyelamat tiba dan mengeluarkannya daripada celahan batu. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Rebekah kemudian diterbangkan ke Hospital Royal Cornwall di Truro dengan menggunakan sebuah helikopter. "Saya bersyukur kepada Tuhan pada hari itu. Sekiranya saya jatuh dua kaki lebih, saya akan terjunam lebih dalam. "Saya masih ingat bahawa ia adalah sesuatu yang nyata. Saya sangat takut ketika dibawa oleh helikopter. Namun krunya sangat luar biasa, saya terhutang budi dengan mereka. "Insiden itu adalah salah satu perkara paling menakutkan yang pernah berlaku kepada saya, " katanya lagi. - Metro.co.uk Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!