MALANG tidak berbau. Begitulah kisahnya mengenai wanita warga Brazil berusia 33 tahun ini. Fernanda Morella berkunjung ke Kangaroo Point di Brisbane, Australia untuk meraikan hari lahirnya. Namun, dia maut selepas terjatuh dari tebing berketinggian 25 meter. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Dia pada waktu itu berada di kawasan tinggi untuk menyaksikan matahari terbenam. Kejadian berlaku pada petang Selasa lalu. Menurut laporan, dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Polis Queensland turut mengesahkan bahawa keluarga mangsa di Brazil telah dimaklumkan mengenai kejadian itu. - Daily Star. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!