KOTA Cap D'Adge di Perancis, bersebelahan laut Mediterranean menawarkan lokasi pelancongan yang cukup kontroversi. Disifatkan sebagai bandar paling liberal dalam dunia, pelancong dan penduduk bebas berkeliaran dalam keadaan bogel di sana. Malah, mereka turut berbogel untuk urusan ke bank, pusat beli-belah, restoran, atau apa sahaja. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Namun, perbuatan seks secara terbuka dilarang sama-sekali. Saban tahun, lokasi itu menerima lebih 50, 000 pelancong setiap kali tibanya musim panas. Rata-rata pelancong datang dari Perancis, Jerman, Itali, Amerika dan Kanada. Terbaharu, pasangan Arhtur O Urso dan Luana Kazaki turut berkunjung ke sana untuk bulan madu mereka. Tidak mendedahkan negara asal, mereka akui teruja ke bandar itu. - Daily Star. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!