suria

Cari pakaian terpakai, wanita ditemui mati gara-gara terperangkap dalam tong sampah

Mayat Lawrence ditemui tersangkut di dalam tong sampah sekitar 5 pagi

TRAGIS.

Seorang wanita ditemui mati dalam keadaan menyayat hati apabila terperangkap di dalam tong sampah ketika mencari pakaian terpakai.

Mayat Alarrah Lawrence ditemui berada dalam timbunan pakaian.

Kejadian itu berlaku di Australia dan dilaporkan pada Selasa lalu.

Pihak polis menjelaskan, rakaman CCTV memaparkan seorang wanita memandu ke pusat membeli-belah Stockland Baldivis di Rockingham sebelum meletakkan kereta berdekatan dengan tong sampah tersebut sekitar 1.40 pagi.

ARTIKEL LAIN: Nyaris ajal! Patah tulang belakang akibat terjatuh daripada cerun 60 kaki, wanita ini mengejutkan doktor kerana terselamat

Wanita berusia 33 tahun itu dikhabarkan berdiri di atas sebuah baldi plastik untuk meninjau ke dalam tong yang berisi barangan terpakai sebelum mencari pakaian yang mahu diambilnya.

Namun wanita malang yang mempunyai anak kecil berusia 15 bulan ini dipercayai telah tergelicir kakinya ketika berdiri sehingga bahagian badan atasnya tersangkut ke dalam tong sampah dan kakinya berada dalam keadaan tergantung.

bin 5

Ibu malang ini meninggalkan anak kecilnya yang berusia 15 bulan

Lawrence ditemui sudah meninggal dunia oleh orang awam pada pukul 5 pagi. Senior Detektif Rockingham, Andrew Elliot mengulas, kematian Lawrence berpunca daripada sesak nafas.

“Melalui sisatan kami setakat ini, kematian yang berlaku ini bukanlah dirancang. Mangsa meninggal dunia dalam keadaan yang tragis.

“Mangsa terperangkap dan tidak dapat mengeluarkan dirinya dari dalam tong sampah. Mujur ada orang awam yang dapat menemui mangsa di tempat kejadian, " ujarnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu, teman lelaki mangsa tidak dapat menyembunyikan kesedihan dengan meluahkan perasaannya di akaun Facebook miliknya.

“Ini dunia yang kejam, tak sangka awak pergi dahulu. Tak dapat saya nak gambarkan dengan kata-kata

bin 3

Mayat Alarrah Lawrence ditemui pada pagi Selasa lalu

Penduduk setempat mendakwa sering melihat orang ramai menyerbu kawasan tersebut kerana terdapat pelbagai jenis pakaian terpakai yang diletakkan di tempat itu atas tujuan kebajikan.

Pada bulan April lalu, mayat seorang wanita juga ditemui di dalam tong derma di pusat membeli-belah Stiockland Burleigh Heads di Gold Cost Australia. - Mirror

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain