suria

Derita penyakit fibromyalgia, wanita berang selepas dikecam letak kenderaan di tempat OKU

Rhiannon akui sukar untuk mengawal penyakitnya apabila berada di tempat awam.

NAK tengok saya potong kaki baru nampak macam orang kurang upaya?

Wanita ini luah rasa geram menerusi aplikasi di Tiktok selepas berlaku pertengkaran dengan seorang lelaki tua yang mengecamnya kerana meletak kenderaan di parkir OKU.

ARTIKEL BERKAITAN : Tengok sunset ketika sambutan hari lahir, wanita Brazil maut jatuh tebing tinggi

Rhiannon dari Melbourne Australia, menjelaskan walaupun dia kelihatan seperti wanita normal dan fizikalnya masih sempurna, namun dia mempunyai permit serta pelekat kenderaan OKU secara sah.

Dia juga turut memberitahu penyakit yang dihadapinya sering membuatkan dirinya berhadapan dengan keletihan yang melampau dan cepat hilang fokus pada masa tertentu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Walaupun, simptom penyakit tersebut tidak berlaku sepanjang masa, bagi Rhiannon pelekat tersebut penting bagi dirinya kerana dia tidak boleh berjalan jauh.

“Terkejut melihat masih ramai bersikap diskriminasi kerana mereka rasa tidak sesuai dengan stereotaip ini, ’’ antara petikan komen di Tiktok video Rhiannon. – Mirror.uk

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

wanita, dunia, global, kecam, OKU

Artikel Lain