suria

Pesakit kanser disatukan dengan isteri di rumah kebajikan, sempat pegang tangan sebelum meninggal dunia

Danny amat berterima kasih kepada pihak hospital yang membantunya menemui isteri tercinta

HAJAT seorang lelaki warga emas untuk bertemu isteri tercinta akhirnya terlunas apabila permintaannya ditunaikan oleh ahli paramedik yang merawatnya di hospital.

Lelaki yang sedang betarung dengan penyakit kanser ini akhirnya dibawa ke rumah kebajikan untuk menemui isterinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Cari pakaian terpakai, wanita ditemui mati gara-gara terperangkap dalam tong sampah

Danny Rowland yang berasal daripada Queensland, Australia telah dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan berkenaan penyakit yang dihidapinya.

Tanpa sengaja, seorang ahli paramedik telah mendengar Danny bermonolog seorang diri bercerita tentang isterinya, Shierley.

Danny yang telah lama bertarung nyawa akibat penyakit barah telah merancang untuk menghabiskan hari-hari terakhirnya di rumah bersama keluarga tercinta, lapor news.au.

Menurut Queensland Ambulance Service, Danny telah menerima panggilan telefon daripada Shirly beberapa bulan yang lalu dan itu merupakan kenangan terakhir menghubungi isterinya yang dikasihi.

“Ketika Danny menghadapi saat sukar melawan penyakitnya, dia telah mengharapkan satu permintaan terakhir, seperti sudah mengetahui bahawa dia tidak mampu bertahan lama

“Antara syaratnya, dia ingin pulang ke kediamannya di Tobanlea dan mahu setiap ahli keluarganya berkumpu di rumah tersebut.

Semasa berada di dalam jagaan rapi pihak hospital, Danny sering bercerita tentang perasaan rindu yang sangat kuat kepada isterinya.

Hal ini telah menyatukan ahli parademik yang lain bagi membantu Danny melunaskan pengharapan yang sudah lama didambakannya itu

Ketika tiba di rumah kebajikan, Danny telah dibaa ke sebuah bilik untuk melihat Shirley. Kedua pasangan itu ditempatkan dalam satu bilik yang sama dan menghabiskan sisa masa mereka secara berdua sahaja sambil berpegangan tangan sebelum meninggal dunia beberapa hari kemudian.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sebelum meninggal dunia Danny sempat memegang tangan isterinya dan mengatakan bahawa dia berjanji untuk menjaga cinta mereka selamanya. -Mirror

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain