SEBUAH pesawat terhempas dekat Orebro, Sweden pada Khamis waktu tempatan, kata polis Sweden.
Pesawat berkenaan baru berlepas ketika nahas berlaku.
"Ia merupakan kemalangan yang sangat dahsyat, " kata polis Sweden di laman web mereka.
"Beberapa mangsa maut," tambahnya.
[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]
Menurut polis, pesawat itu membawa sembilan penumpang.
Bercakap kepada agensi berita TT, Pusat Penyelarasan Penyelamat Bersama berkata, pesawat tersebut membawa sekumpulan penerjun udara. - Reuters
Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!