“SAYA tidak galakkan kehamilan di usia remaja, ia tidak semudah yang disangka." Demikian kata seorang ibu muda yang memiliki tiga cahaya mata pada usia 19 tahun, menerusi video di aplikasi Tiktok sehingga mendapat perhatian ramai. Kayte, 22, yang menetap di Australia memberitahu, dia hamil ketika umur 14 tahun dan melahirkan anak pertamanya Casey pada usia 15 tahun. Dia turut kehilangan ramai kawannya apabila mengumumkan berita kehamilannya di sekolah. Ramai yang bertanyakan mengenai bapa anak tersebut, Kayte memberitahu dua anaknya itu hasil hubungan bersama bekas teman lelaki. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Kata-kata penghinaan yang dilemparkan terhadap dirinya dijadikan sebagai motivasi untuk bangkit dan tidak mudah berputus asa. Kayte juga sebelum ini dituduh telah menghancurkan kehidupannya sendiri. Di sebalik kritikan tersebut, dia cuba untuk menjadi ibu muda yang dipuji ramai ekoran kejujurannya mengenai pengalamannya sebelum ini.-Metro.uk Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!