BECKY Guiles menggelarkan dirinya sebagai ibu ‘paling jimat’ di dunia. Dia turut berkongsi cara menjimatkan wang dengan membasuh pakaian dan menggosok giginya dengan salji.ARTIKEL BERKAITAN : Raih ribuan pengikut di Tiktok, ibu muda kongsi kisah miliki tiga anak pada usia 19 tahun - “Tidak semudah disangka” Wanita yang berusia 41 tahun itu tinggal bersama suaminya, Jay, 39 dengan dua anak lelaki iaitu George, tujuh tahun dan Colden yang berusia empat tahun. Malah Becky enggan membayar bil air, sebaliknya dia akan mengumpul salji dari luar rumah untuk kegunaan keluarga. Selain mempunyai sikap berjimat yang melampau, wanita ini turut mengenakan upah apabila suaminya makan lebih banyak daripadanya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] “Kalau kami order empat stik mozzarella, saya makan tiga dan dia akan makan satu seperti saya membayar 75 peratus dari harga tersebut," ujarnya. Setelah bertahun-tahun berjimat, Becky akui dia memperoleh lebih banyak wang pada masa ini. Namun tidak semua orang mampu untuk menjalani kehidupan seperti ini. - Mirror. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!