SEORANG remaja dari India mengejutkan warganet kerana mempunyai 82 batang gigi 'tambahan'! Nitish Kumar, 17, menderita tumor kompleks yang dikenali sebagai 'odontome' di rahangnya sejak lima tahun lalu. Nitish dilaporkan menanggung derita selama bertahun-tahun dan keadaannya bertambah buruk kerana tidak mendapatkan rawatan. Imbasan yang dilakukan menunjukkan wajahnya senget kerana gigi yang berlebihan dan 'sekumpulan' gigi yang besar dilihat tumbuh di bahagian bawah rahangnya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Doktor di Institut Sains Perubatan Indira Gandhi (IGIMS) berjaya melakukan pembedahan terhadap remaja tersebut baru-baru ini. "Selama operasi, kami mendapati bahagian gigi tumbuh di bahagian belakang rahang yang dapat 'menumbuhkan' 82 gigi. Pesakit kini sihat dan akan dibenarkan keluar hospital tidak lama lagi," kata doktor. - India.com Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!