suria

Atasi ketakutan pelanggan cilik, pemilik kedai guna kucing sebagai model cermin mata

Kucing yang diberi nama Truffle itu menjadi model cermin mata di kedai mata Child’s Eyes di Pennsylvania

SEBUAH kedai cermin mata bertindak menjadikan seekor kucing jalanan sebagai model bagi tujuan menarik perhatian kanak-kanak.

Kucing yang diberi nama Truffle itu telah dijaga oleh pemilik kedai cermin mata tersebut sejak kecil dan dikatakan sangat pintar.

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit hati kucing berak merata-rata... apa kata lakukan 4 perkara ini

Tujuan kucing tersebut dijadikan sebagai model cermin mata adalah untuk mengatasi ketakutan kanak-kanak yang perlu melakukan pemeriksaan mata.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kini, Truffle menjadi model cermin mata di kedai mata Child’s Eyes di Pennsylvania dan dikatakan telah berjaya menarik perhatian kanak-kanak untuk melakukan pemeriksaan mata.

0_xpvlssFwjpeg

Truffle bersama tuannya yang juga merupakan pemilik kedai cermin mata.

Kucing pintar tersebut mempunyai pengikut yang ramai menerusi akaun Instagram, YouTube dan Facebook yang dikendalikan oleh penjaganya. - The Daily Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain