SEORANG wanita terkejut apabila mengetahui terdapat 18 ekor ular di bawah katil di rumahnya ketika dia hendak tidur. Trish Wilcher pada awalnya menganggap ‘benda’ itu seperti kepingan sawang namun selepas diteliti kali kedua, ternyata kepingan sawang yang berwarna kelabu itu merupakan seekor ular besar yang baru melahirkan 17 ekor anak. ARTIKEL BERKAITAN: Ular sawa gergasi terlepas di pusat beli belah ditemui semula selepas dua hari Kisah ini dikongsi sendiri oleh Wilcher menerusi akaun Facebook miliknya.Ujar Wilcher, pengalaman ngeri selepas menyedari kewujudan 18 ekor ular tersebut menjadikan dia serik untuk berada di dalam rumahnya sendiri.Ular yang dijumpai oleh Wilcher di bawah katil miliknya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Menurut Wilcher, 18 ekor ular tersebut merupakan reptilia jenis ular Dekay dan tidak mempunyai bisa. Wilcher bertindak melepaskan ular-ular tersebut di sebuah sungai tanpa membunuhnya. – News.sky Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!