KESAN lebam dan calar di bahagian perut wanita ini kekal menjadi misteri sehingga ke hari ini. Menurut Leah Lewis, 21, dari Newhall, Derbyshire, dia percaya hal itu ada kaitan dengan aktiviti paranormal. "Saya tak rasa apa-apa ketika mandi sehingga saya perasan kesan calar itu," ujarnya. Kata Leah, dia terpaksa memanggil pakar rawatan alternatif untuk 'membersihkan' rumahnya. Ujarnya, tak mungkin kesan calar itu berlaku atas perbuatannya sendiri. Menurut perawat itu, terdapat roh yang mengekorinya dari tempat kerja. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Kata ibu Leah, gadis itu juga seolah-olah 'terbuka hijab' apabila mampu melihat benda-benda yang tak dapat disaksikan oleh orang biasa. - Daily Star. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!