suria

Influencer kongsi ‘rahsia’ dapat tubuh badan idaman dalam tempoh setahun, antaranya pakai korset 2 jam sehari

Alicja berkongsi rahsia transformasi bentuk tubuhnya di Instagram.

SEORANG influencer media sosial mendedahkan 'rahsia' bagaimana dia berjaya mendapatkan potongan badan idaman dengan saiz pinggang 27 inci dalam tempoh setahun.

Alicja Brzostowska, 23, dari London berkata dia menggunakan korset sekurang-kurangnya dua jam sehari, mengubah pola dietnya selain bersenam empat kali seminggu.

Alicja kerap berkongsi catatan motivasi dan gambar tubuhnya yang semakin langsing dengan 293,000 pengikut Instagram.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Berbadan sedikit berisi sebelum ini, Alicja berkata dia 'kurang gembira' dengan berat badannya dan perkara itu mempengaruhi kesihatan mentalnya, lalu bertekad untuk mengubah gaya hidupnya.

"Saya sangat tidak gembira dengan berat badan saya, saya merasa tertekan, bosan dan merasa tidak menarik," kata Alicia.

Selama satu tahun, influencer kecergasan (fitness) itu mengamalkan gaya pemakanan yang sihat, mengelakkan makanan ringan dan berlemak serta mengurangkan pengambilan alkohol. - Dailystar

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain