suria

Pening kepala pilih tempat makan? Lelaki ini cipta software bantu teman wanita pilih restoran

Badecha mencipta perisian komputer bagi membantu teman wanitanya membuat keputusan yang mudah setiap kali mereka keluar makan malam.

MEMILIH tempat makan adalah satu perkara yang sukar bagi kebanyakan orang, begitu juga untuk pasangan Aagam Badecha dan Christine Sun.

Namun, Badecha mempunyai kaedah yang unik bagi membantu teman wanitanya membuat keputusan yang mudah setiap kali mereka keluar makan malam.

Badecha, 21, mencipta sebuah perisian komputer baharu yang membantu dia dan teman wanitanya dalam memilih restoran sepantas 10 saat sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tegas tak mahu bersolek, suami kecewa gambar perkahwinan ‘kurang berseri’

ARTIKEL BERKAITAN: Jarak usia bukan penghalang, wanita akui jatuh cinta dengan kawan anak sendiri

"Saya sering sukar membuat keputusan memilih tempat makan. Dia selalu bertanya pada saya dan saya selalu menjawab saya tidak tahu dan akan makan apa sahaja.

"Kami selalu menghabiskan masa selama satu jam untuk mencari tempat makan. Dia mencipta program ini supaya apabila dia bertanya, ia cuma mengambil masa 10 saat dan kami tahu ke mana hendak pergi," ujar Sun.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Perisian itu dicipta oleh Badecha sempena ulang tahun pertama pasangan berkenaan baru-baru ini.

Pasangan tersebut bertemu buat kali pertama menerusi perkenalan seorang rakan mereka di California. - Mirror

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

perisian, restoran

Artikel Lain