suria

Rezeki Pokemon! 72 lukisan artis cilik terjual selepas tular di Twitter

McFadden berkongsi keterujaannya untuk memiliki lukisan unik Jamie di Twitter sebelum beberapa pengguna lain turut memberi respons yang sama.

SEBANYAK 72 hasil lukisan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun terjual setakat ini setelah hasil seninya yang memaparkan karakter Pokemon tular di Twitter.

Jamie merupakan seorang pelukis kanak-kanak dari Epping, Essex dan menjual karyanya di platform Etsy di bawah jenama JamiesArtShopDesigns.

Memetik laporan Mirror, kejayaan itu bermula setelah seorang wanita yang dikenali sebagai Hannah McFadden berkongsi keterujaannya untuk memiliki lukisan luar biasa Jamie di Twitter sebelum beberapa pengguna lain turut memberi respons yang sama.

“Saya mahu membeli lukisan ini,” tulis McFadden di Twitter berserta gambar karekter Ditto dalam animasi Pokémon yang dihasilkan Jamie.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan bawa alat penimbang ke restoran, tak puas hati stik yang dipesan kecil seperti hidangan kanak-kanak

Selepas itu McFadden membuat ciapan di Twitter bahawa dia berasa bangga memiliki lukisan tersebut dengan harga £3.50 (RM21.00)

Mengulas lanjut, McFadden memberitahu Mirror, dia telah membuat pencarian lukisan karektor Pokémon di internet untuk menghias bilik tidurnya dan dari situlah dia mengetahui tentang Jamie.

“Saya terbaca tentang Jamie yang teruja membuka kedai pertamanya dan saya berfikir untuk memberi sokongan kepadanya,” katanya yang mempromosikan kedai Jamie kepada pengguna Twitter.

Hasil perkongsian itu, beberapa pengguna Twitter turut berkongsi pembelian dan pendapat mengenai bakat pelukis itu.

“Sekarang saya adalah pemilik karya Jamie,” kata seorang wanita bernama Laura yang berkongsi lukisan nenas memakai cermin mata gelap.

“Saya baru membeli ‘Dolphin’ (ikan lamba-lumba) dan saya sangat gembira,” kata seorang lagi pengguna Twitter bernama Jannifer.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Jamie, Pokemon, lukisan

Artikel Lain