suria

Bikin panas! Dengkuran macam mesin pengisar ganggu aktiviti perkhemahan

Masalah berdengkur terlalu kuat akan mengganggu kualiti tidur orang lain

KETERUJAAN sebuah keluarga yang melakukan aktiviti perkhemahan bertukar hambar gara-gara dengkuran seorang lelaki.

Memetik laporan Mirror, seorang wanita yang tidak dinamakan berkongsi pengalaman buruk itu menerusi sebuah laman web bagi golongan ibu di mana perkongsian itu telah menerima pelbagai respons.

“Selepas seharian saya berpeluang untuk tidur di tilam angin namun saya terjaga gara-gara diganggu dengan dengkuran seorang lelaki dan bunyinya seolah-olah mesin pengisar makanan.

“Memandangkan di sini adalah perkhamahan untuk keluarga, jadi kami tidak menyediakan ‘earplug’,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN : Doktor gigi dedah sebab tak boleh sarapan sebelum gosok gigi

Wanita tersebut turut berpendapat orang yang memiliki masalah berdengkur ketika tidur tidak seharusnya menempatkan khemah mereka berdekatan lokasi khemah yang lain.

“Mereka pasti tahu salah seorang daripada mereka berdengkur. Mungkin yang tidak berdengkur telah bersiap sedia memakai ‘earplug’ sebab saya perhatikan dalam kalangan mereka tiada yang terganggu dengan dengkuran itu.

Menurutnya, sebelum situasi itu berlaku, dia hanya menjangkakan waktu tidurnya hanya akan tergangu dengan tangisan bayi atau salakan anjing.

“Diganggu dengan bunyi dengkuran adalah situasi yang sangat berbeza,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

dengkur, berkhemah

Artikel Lain