suria

Suami kantoi menipu, isteri selit nota dalam buku tapi lain pula yang berlaku!

Nota yang ditulis Sarah terhadap suaminya dalam sebuah buku.

SEORANG lelaki terkejut apabila terjumpa sebuah nota yang ditulis seorang isteri terhadap suaminya yang "kantoi" curang di dalam sebuah buku yang diambilnya di kedai barangan terpakai.

Lelaki tersebut, Dean Cuthber menemukan nota tersebut dalam sebuah buku berjudul The Best A Man Can Get.

Ironinya, buku tersebut menceritakan mengenai kisah "kecurangan" seorang lelaki yang mempunyai rumah lain yang dihuninya bersama tiga orang lelaki lain.

Tindakkannya memiliki flat lain itu dikatakan bertujuan untuk mengelak daripada meluangkan masa bersama keluarganya.

Sementara itu nota yang ditemui Dean pula ditulis seorang wanita bernama Sarah yang menceritakan mengenai sikap suaminya yang didakwa mempunyai hubungan lain serta mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

"Chris, ini apa yang kamu rasa kamu boleh buat pada saya? Ada dua kehidupan termasuk dengan "hubungan rekreasi" (recreational relationships) awak.

"Kamu membiarkan saya tidak sedar, saya membesarkan anak-anak kita dan menyangkakan yang kamu seorang yang kuat bekerja sebab itu kamu jarang ada di rumah," tulis Sarah kepada suaminya.

ARTIKLE BERKAITAN: Doktor gigi dedah sebab tak boleh sarapan sebelum gosok gigi

ARTIKLE BERKAITAN: Remaja 13 tahun miliki anak angkat unik, tindakan murninya berjaya pikat Betty

Metro UK melaporkan Cuthber, 43, berkongsikan gambar nota tersebut di laman Facebooknya dan ianya menarik perhatian ramai pihak.

"Beli buku ini dari kedai barangan terpakai.

"Buku ini mengisahkan seorang lelaki yang mempunyai dua kehidupan. Bayangkan betapa terkejutnya saya apabila menemukan nota ini. Ada kisah yang sama dalam hidup Sarah," tulis Cuthber.

Malah status Cuthber itu turut mendapat perhatian penulis buku itu sendiri, John O'Farrell.

O'Farrel berkata Sarah mungkin cuba menyampaikan nota itu kepada suaminya menerusi buku tersebut dengan harapan suaminya malu.

"Tapi mungkin Chris tidak perasan dan menyumbangkannya kepada kedai barangan terpakai."

"Saya mendapat idea untuk menulis buku tersebut bagi menunjukkan contoh tentang bagaimana si ayah yang mempunyai anak kecil selalu sibuk bekerja apabila mereka ada bayi baru.

"Tapi nampaknya ada orang yang memang menjalani dua kehidupan!," kata O'Farrell.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

curang, kantoi, suami, isteri, Dean Cuthber

Artikel Lain