suria

Influencer dakwa dihalau dari pusat beli-belah kerana terlalu seksi

Emmy mendakwa dia dihalang oleh pengawal keselamatan daripada memasuki pusat beli-belah. foto Newsflash

SEORANG influencer mendakwa dia dihalau dari sebuah pusat beli-belah di Dubai kerana terlalu seksi.

Emmy Russ, 22, berkata, dia berdepan dengan pengawal keselamatan yang memaklumkan kepadanya mengenai pemakaiannya tidak sesuai.

Menurut laporan media Jerman, bintang realiti TV itu dilaporkan memakai baju glitter dan skirt mini ketika kejadian.

Emmy mendakwa dia ditegur oleh pengawal keselamatan sebaik memasuki pusat beli-belah.

Dakwanya, dia dimaklumkan tidak dibenarkan berjalan dalam keadaan seperti itu, sambil menambah dia juga tidak dibenarkan untuk membeli-belah.

Tambah bintang Jerman itu, pengawal keselamatan itu mengancam untuk menghubungi polis, malah memberikannya amaran bertulis. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain