suria

Nenek 60 tahun dibunuh jiran kerana disyaki dukun ilmu hitam

Suspek (kiri) dipercayai melakukan perbuatan itu kerana dendam dan menganggap mangsa merupakan seorang dukun yang mengamalkan ilmu hitam. Foto: Tribunnews

SEORANG warga emas berusia 60 tahun meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati disyaki dibunuh jirannya.

Mayat mangsa ditemukan di ladang jagung Kampung Tengah, Utan, dekat Sumbawa, Nusa Tenggara Barat pada 16 Ogos lalu oleh cucunya.

Mangsa dikatakan keluar pada waktu pagi untuk mencari asam di ladang jagung miliknya yang terletak 50 meter dari rumahnya.

Suspek yang dikenali sebagai Masten, 43, dipercayai melakukan perbuatan itu kerana dendam dan menganggap mangsa merupakan seorang dukun yang mengamalkan ilmu hitam.

Polis memberkas suspek pukul 12.15 tengah malam, Isnin lalu.

Suspek tidak melawan ketika ditahan dan pemeriksaan membawa kepada penemuan bahan bukti antaranya termasuk parang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa, baju dan seluar milik suspek.

Pegawai Penyiasat Jenayah Balai Polis Sumbawa, Akmal Novian Reza memberitahu tiga individu dipanggil untuk memberi keterangan.

"Tiga individu terbabit masih berstatus saksi dan belum dikenal pasti sebagai suspek," katanya. - Tribunnews

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain