suria

Kecoh mesyuarat sekolah, bapa tanggal pakaian ketika berhujah SOP pelitup muka

Seorang bapa menanggalkan pakaian di mesyuarat sekolah. foto Dripping Springs Independent School District

SEORANG bapa menggemparkan mesyuarat lembaga sekolah apabila bertindak menanggalkan pakaiannya ketika menyuarakan pandangan mengenai pelitup muka.

Dalam kejadian di Texas, Amerika Syarikat, James Akers menyokong pemakaian pelitup muka dan berbahas dengan menyindir mereka yang tidak mematuhi peraturan ketika pandemik Covid-19.

Dia kemudian menanggalkan tali leher dan jaketnya, diikuti kemeja dan seluarnya sebelum pengawal keselamatan mendekatinya.

"Di tempat kerja, mereka membuatkan saya memakai jaket ini. Saya tak suka.

"Mereka membuatkan saya perlu memakai kemeja dan tali leher. Saya tak suka," katanya sambil menanggalkan pakaian satu persatu.

Menerusi pembesar suara, kedengaran arahan memintanya yang ketika itu masih berseluar dalam supaya berhenti melakukannya.

"Encik Akers, saya percaya anda adalah seorang perenang, tapi jika tidak keberatan untuk memakai semula seluar untuk komen dihargai," kata seorang jurucakap.

Lelaki itu kemudian kembali memakai pakaiannya selepas diarahkan untuk berbuat demikian. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain