POLIS di Bengaluru, India berjaya menggunaan teknik luar biasa dengan bantuan doktor untuk mendapatkan kembali rantai emas yang ditelan pencuri setelah cubaannya melarikan diri gagal. Difahamkan, doktor memberi makan julap dan pisang kepada peragut itu yang menelan rantai emas untuk mengaburi pihak polis. Insiden dramatik itu berlaku di MT Street berhampiran Pasar KR, Bengaluru, pada Sabtu malam. Mangsa, Hema, memakai rantai emas seberat lebih 70 gram ketika sekumpulan tiga lelaki mengganggunya kira-kira pukul 8.50 malam. Dilaporkan salah seorang suspek bernama Vijay cuba meragut rantai Hema tetapi wanita itu berjaya menahan dengan sebelah tangan walaupun terjatuh setelah diserang oleh lelaki itu. Walaupun Vijay berjaya mendapatkan rantai emas tersebut, dia tidak dapat melarikan diri berikutan keadaan jalan yang sempit dan sesak. Dia kemudian bertindak menelan rantai tersebut sebelum dipukul oleh orang ramai. Polis tidak mengetahui tentang rantai itu sehingga Vijay dibawa ke hospital akibat cedera parah dan pemeriksaan X-ray menunjukkan terdapat objek logam di dalam tubuhnya. Doktor memberikannya julap serta sejumlah pisang untuk mengeluarkan rantai tersebut, dan akhirnya ia keluar bercampur najis selepas membuang air besar. - INDIA TIMES Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI