DEMI mengisi masa terluang dan bosan menunggu pesanan pizanya siap, seorang lelaki di United Kingdom (UK) bertindak memanjat tiang kamera perangkap had laju (AES) dan melakukan prank kepada pengguna jalan raya baru-baru ini. Dalam kejadian di Lyons Winkups Holiday Park, North Wales itu, John Westlake, 38, bertindak meniru ‘rutin’ perangkap had laju dengan menghidupkan flash daripada telefon pintarnya. Niatnya mungkin baik untuk mengelak daripada pengguna jalan raya memandu dengan laju namun cara yang dilakukannya itu agak keterlaluan. John Westlake dilihat sedang memanjat tiang kamera perangkap had laju sebelum menghidupkan flash dari telefon pintarnya. — AGENSI. Westlake menyifatkan tindakannya itu sebagai satu idea melucukan bagi menghabiskan masa ketika dia dan isterinya, Sarah-Jane sedang menunggu makanan piza yang dipesan siap. Video prank yang dimuat naik di Facebook itu mendapat tontonan lebih 17,000 kali. ARTIKEL BERKAITAN: Trump kena 'boo' lepas suruh penyokong ambil vaksin Pengguna jalan raya yang terpedaya dengan flash yang dihalakan oleh Westlake kemudiannya dilihat segera memperlahankan kenderaan masing-masing. “Kami sedang menunggu di luar kedai piza dan saya terlihat terdapat satu lubang di belakang kotak kamera had laju. “Ketika itu, saya fikir ia boleh dijadikan sesuatu yang melucukan sementara untuk menghabiskan masa menunggu. “Saya kemudiannya bertindak memanjat dan menghalakan flash kepada setiap kereta yang melalui kawasan itu untuk melihat adakah mereka memperlahankan kenderaan atau tidak,” cerita Westlake. Pasangan suami isteri itu mendakwa, sejak memuat naik video berkenaan, mereka menerima banyak friend request daripada orang yang tidak dikenali di Facebook. “Saya menghalakan flash dan memberitahu mereka supaya memperlahankan kenderaan. “Kami begitu terhibur. Setiap kereta yang kami flash segera memperlahankan kenderaan. Ia menghiburkan kami ketika menunggu makanan. “Saya rasa orang memberikan respons sebegitu kerana tiada seorang pun yang sukakan kamera perangkap had laju.” – Mirror Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI