SEORANG ibu yang belajar memandu selama 30 tahun masih tidak lulus ujian selepas 1,000 kelas. Ini kerana wanita itu sangat takut untuk memandu. Isabelle Stedman, 47, mula belajar memandu pada usia 17 tahun tetapi berasa bimbang setiap kali berada di tempat duduk memandu. Rasa fobia itu membuatkan dia berpeluh dan gementar, menjadi sangat takut sehingga dan terpaksa berhenti memandu. Keadaan lebih buruk menyebabkan dia tidak sedar. Isabelle pernah diajar oleh tujuh tenaga pengajar dan menghabiskan lebih £10,000 (RM58,000) untuk kelas memandu. Malah, dia mencuba kursus pemanduan dan hipnotis bagi memastikan dia bersedia dengan ujian tetapi gagal. Ibu dua anak itu bagaimanapun tidak pernah terlibat dalam kemalangan kereta atau pengalaman buruk di jalan raya sebelum belajar memandu.- Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI