BEKAS Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump diejek selepas mengarahkan penyokongnya untuk mengambil vaksin dalam satu perhimpunan di Alabama. Ribuan penyokong membanjiri perhimpunan yang diadakan di Cullman itu bagi mendengar ucapan Trump walaupun Alabama sedang berdepan dengan peningkatan kes Covid-19. "Saya percaya sepenuhnya pada kebebasan anda. Anda harus melakukan apa yang harus anda lakukan. "Tetapi saya cadangkan anda semua untuk mengambil vaksin! Saya juga telah divaksinasi. Ia bagus,” katanya kepada penyokong-penyokong yang hadir. ARTIKEL BERKAITAN: Donald Trump pekak, tsunami landa Asia 2021 dan dunia kiamat 5079 antara ramalan nenek buta ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Polis beri amaran kepada penyebar berita palsu berkaitan vaksin Covid-19 Saranan Trump kemudian disambut oleh laungan 'boo' oleh penyokongnya yang kebanyakannya hadir tanpa memakai pelitup muka. Melihat reaksi penyokongnya yang tidak gembira dengan saranannya itu, Trump kemudian cuba menenangkan mereka. "Tidak mengapa, anda mempunyai kebebasan. Tetapi kebetulan saya mengambil vaksin. Sekiranya ia tidak berkesan, anda akan menjadi orang pertama yang mengetahuinya. “Tetapi anda mempunyai kebebasan yang harus anda pertahankan. Anda mesti mengekalkannya,” kata Trump. Trump yang sebelum ini pernah menuduh pandemik Covid-19 sebagai satu penipuan akhirnya menerima vaksin bersama isterinya, Melania Trump selepas dijangkiti virus itu pada Oktober lalu. Alabama mempunyai kadar vaksinasi terendah di AS, dengan hanya kira-kira 36 peratus penduduknya telah divaksinasi sepenuhnya. Governor Alabama, Kay Ivey yang juga seorang Republikan menyalahkan individu yang masih belum divaksinasi sebagai punca kenaikan jangkitan Covid-19 di negeri itu. - CNBC Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI