suria

Ikan gergasi berusia 50 tahun tiba-tiba melompat dari permukaan air, aksi 'slowmo' macam budak 46 cuit perhatian netizen!

DETIK gerak perlahan ikan gergasi itu melompat keluar dari permukaan air menjadi tular di Instagram. — AGENSI.

SEBUAH video menunjukkan seorang pemancing berjaya menangkap ikan gergasi seberat 158 kilogram sebelum tular di media sosial baru-baru ini.

Video berkenaan menjadi tular selepas dimuat naik oleh pengendali aktiviti memancing, Yves Bisson Sturgeon Co. di Instagram pada 17 Julai lalu.

Sehingga kelmarin, video itu mendapat lebih daripada 52,100 kali tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dilarang lawat cimpanzi di zoo gara-gara mengaku mereka ‘bercinta’

ARTIKEL BERKAITAN: Budak 7 tahun dapat pengiktirafan temui tujuh asteroid untuk Nasa

Dalam video berdurasi beberapa saat itu, seorang pemancing menarik jorannya sebelum ikan gergasi itu tiba-tiba melompat dari permukaan air.

Detik ikan berkenaan melompat ditunjukkan secara gerak perlahan (slowmotion) dalam video terbabit.

Kejadian menakjubkan itu berlaku ketika sekumpulan pemancing ketika memancing di Sungai Fraser, British Columbia, Kanada.

Menurut pengendali Yves Bisson, ikan berkenaan berkemungkinan berusia 50 tahun.

Ikan terbabit bagaimanapun dilepaskan semula ke sungai terbabit. - Kompas.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

ikan, pancing

Artikel Lain