TINDAKAN obses seorang wanita yang terlalu berjimat cermat mengundang pelbagai reaksi sehingga ada yang mengatakan ia sangat keterlaluan. Memetik laporan Mirror, wanita yang dikenali sebagai Kate Hashimoto mendedahkan tabiat peliknya yang sangat membenci untuk membelanjakan wangnya. Walaupun menetap di New York iaitu salah satu bandar termahal di dunia, Hashimoto hanya membelanjakan AS$200 (RM850) sebulan untuk keperluan hariannya sedangkan purata kos untuk hidup di bandar itu adalah AS$1,341 (RM5,690). "Saya menetap di New York sejak tiga tahun lalu. Hidup di sini memerlukan perbelanjaan yang besar, jadi saya mencari jalan untuk menempuhnya.ARTIKEL BERKAITAN: Balut badan dengan tiga biji tembikai, lelaki cerita pengalaman ketika 'hamil' “Jika saya perlu membelanjakan wang, saya cuba untuk mengelak dan seboleh-bolehnya hanya akan membayar dengan jumlah yang sedikit. “Saya tidak pernah membeli baju sejak lapan tahun lalu dan kali terakhir membeli seluar dalam pada 1998,” katanya menerusi program TLC’s Extreme Cheapskates. Tambahnya, ketika mencuci tangan di tandas awam, dia akan mengambil tuala yang disediakan dan menggunakannya berulang kali. Hashimoto juga tidak akan membelanjakan wangnya untuk membeli perabot sebaliknya hanya mendapatkannya di jalanan. Tilamnya juga diperbuat daripada beberapa lapisan tikar yoga dan menggunakan majalah sebagai meja makan. Dia juga tidak akan terlepas daripada pelbagai promosi dan hadir di mana-mana jualan yang membolehkannya untuk mendapatkan produk mandian. Lebih mengejutkan, dia juga tidak akan berbelanja untuk makanan dan hanya mendapatkan sisa-sisa dan lebihan makanan daripada restoran dan pasar raya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI