PERINTAH terbaharu pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un adalah melarang rakyat negara itu membincangkan mengenai berat badannya. Jong-un mengeluarkan perintah tersebut selepas timbul pelbagai khabar angin mengenai berat badannya. Pihak berkuasa menegaskan Jong-un mengurangkan pengambilan makanan 'untuk kepentingan negaranya' ketika Korea Utara berdepan krisis bekalan makanan. Sumber dalaman memberitahu Radio Free Asia (RFA) bahawa parintah tersebut bagaimanapun tidak menghentikan rakyat Korea Utara daripada bergosip mengenai berat badan Jong-un. Pemimpin tersebut dianggarkan telah kehilangan sebanyak 20 kilogram setakat ini. "Penurunan berat badan secara tiba-tiba itu bukan disebabkan oleh masalah kesihatan, sebaliknya kerana beliau sama-sama menderita demi negara dan rakyatnya yang meninggal dunia akibat krisis itu," jelas sumber tersebut. Sementara itu sumber dalaman yang lain memberitahu RFA bahawa langkah menurunkan berat badan adalah kerana pemimpin tersebut agak besar dan 'sukar untuknya berjalan'. Korea Utara ketika ini berdepan dengan krisis kekurangan bekalan makanan yang agak kritikal kerana sektor pertanian tidak mampu mengeluarkan hasil yang mencukupi susulan taufan pada tahun lalu, dengan Covid-19 memburukkan keadaan. - Dailystar Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!