SEORANG wanita Afghanistan melahirkan bayi di dalam pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) tidak lama selepas pesawat tersebut mendarat di Jerman. Wanita itu mula mengalami sakit hendak bersalin ketika pesawat yang sarat dengan pelarian itu menghampiri pangkalan udara Ramstein di barat daya Jerman. Juruterbang yang dimaklumkan mengenai keadaan wanita tersebut bertindak menerbangkan pesawat pada ketinggian yang lebih rendah agar lebih banyak oksigen dapat memasuki ruang pesawat. Sebaik sahaja tiba di landasan, pasukan perubatan bertindak pantas menyambut kelahiran bayi wanita berkenaan. Pasukan Angkatan Udara AS memuji keputusan juruterbang untuk menerbangkan pesawat pada ketinggian lebih rendah bagi memaksimumkan oksigen sewaktu berdepan detik cemas tersebut. Dimaklumkan wanita tersebut dan bayi perempuannya dibawa ke fasiliti perubatan berdekatan dan berada dalam keadaan yang baik. - Dailystar Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!