suria

Balut badan dengan tiga biji tembikai, lelaki cerita pengalaman ketika ‘hamil’

Video klip yang dimuatnaik di TikTok ini mendapat lebih 15 juta tontonan.

BAGI sesetengah wanita, pengalaman ketika hamil adalah sesuatu yang amat istimewa dan mengujakan.

Namun kebiasaannya, wanita hamil sering berkongsi kesan-kesan yang mereka alami sepanjang tempoh hamil seperti ‘morning sickness’, perubahan hormon, mengidam dan pertambahan berat badan yang perlu dibawa.

Bukan semua golongan lelaki memahami perubahan ini namun ada dalam kalangan mereka masih ingin memahaminya dengan cara tersendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Berjaya lari daripada Taliban, wanita Afghanistan berdepan detik cemas bersalin dalam pesawat tentera padat dengan pelarian

Memetik laporan Mirror, seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Maitland Hanley, memuatnaik sebuah video di sosial media untuk menceritakan pengalamannya menjadi seperti wanita hamil.

Menerusi klip video tersebut, Hanley yang baru sahaja dikurniakan cahaya mata dilihat berbaring di katil dengan sebiji tembikai yang besar dibalut di bahagian perut serta dua biji lagi di bahagian dadanya.

Pada awal video tersebut, Hanley yakin mampu bangun dengan bebanan di bahagian perut dan dadanya.

"Ya, lihat ini," katanya sambil berusaha untuk berdiri.

Ternyata usahanya itu gagal kerana tidak mampu untuk bangun dengan keadaan perut dan dadanya itu.

'Saya fikir situasi ini jauh lebih mudah." katanya sambil ditertawakan rakan-rakannya.

Video klip itu menjadi tular di media sosial apabila mendapat lebih 15 juta tontonan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Maitland Hanley, hamil, tiktok

Artikel Lain