suria

Rakyat Australia mahu wakil rakyat jalani ujian IQ

Ahli politik disaran menjalani ujian IQ untuk memastikan mereka mempunyai kecerdikan untuk memimpin. - AGENSI

SEJAK kebelakangan ini, makin ramai rakyat Australia yang mahu ahli politik mereka menjalani ujian Intelligence Quotient (IQ) untuk melihat sama ada mereka layak memimpin atau tidak.

Seorang wartawan, Peter Gleeson baru-baru ini mencadangkan supaya wakil rakyat Queensland wajib menjalani ujian IQ dan dipecat jika mereka menolak atau mempunyai IQ di bawah nilai purata.

Penduduk di Queensland mempunyai purata skor IQ sebanyak 99, jadi beliau menyarankan supaya ahli politik harus mempunyai skor IQ yang sama atau lebih supaya layak menjadi wakil rakyat.

Menurut Gleeson, seorang ahli politik mempunyai tugas yang mencabar jadi mereka seharusnya menjalani ujian tersebut untuk mengukur tahap kecerdikan masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: Kajian dapati bayi lahir semasa pandemik Covid-19 miliki tahap IQ lebih rendah

ARTIKEL BERKAITAN: Budak 11 tahun buat ujian IQ, lepasi skor Albert Einstein, Stephen Hawking

“Mereka ini adalah orang yang menentukan masa depan kita, menggubal undang-undang dan melaksanakan polisi yang seharusnya mencerminkan harapan rakyat.

“Ia adalah satu tanggungjawab yang amat besar tetapi sebahagian ahli Parlimen dan juga menteri Kabinet tidak layak memegang tugas. Kenapa kita harus biarkan ahli politik bodoh menghancurkan hidup kita?,” katanya

Dua tahun lalu, terdapat cadangan yang diutarakan oleh seorang senator, Jacqui Lambie supaya semua ahli Parlimen menjalani ujian alkohol dan dadah ketika tiba di tempat kerja.

Cadangan tersebut diutarakan selepas kerajaan mengumumkan bahawa penerima bantuan harus menjalani ujian dadah.

“Sekiranya kerajaan mahu mewajibkan penerima bantuan menjalani ujian dadah kerana mereka dibantu dengan duit rakyat, maka secara logiknya semua orang yang dibayar dengan duit cukai rakyat juga harus menjalani ujian dadah. Mengapa hanya orang miskin?" tulisnya di Twitter. - Ladbible

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain