suria

Polis, bomba bergegas ke lokasi kejadian... disangka mayat terapung di sungai, rupanya patung seks

Satu pasangan menemui 'mayat' terapung di sungai. foto Gendarmerie de la Loire

PASUKAN kecemasan di Perancis menerima panggilan mengenai 'mayat' ditemui di sebatang sungai, dan mereka membuat persediaan rapi.

Polis dan bomba bergegas ke lokasi kejadian, tetapi ia sebenarnya bukan mayat yang disangkakan.

Pasukan polis di Gendarmerie de la Loire di tengah Perancis menerima panggilan daripada satu pasangan yang sedang berbasikal di Briennon.

Saksi yang berbasikal di tepi sungai menyangka mereka menemui mayat ditutup dalam plastik sampah hitam, terapung di sebalik ranting-ranting kayu.

Pasangan itu menghubungi polis pada tengah hari Selasa dan mereka mengangkat mayat itu ke tebing dengan bantuan bomba.

Namun, detik cemas bertukar lucu dan melegakan apabila mayat itu sebenarnya adalah patung seks.

Susulan kejadian itu, polis Gendarmerie meminta pemilik patung tersebut untuk menuntutnya di balai polis. - Metro UK

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

mayat, patung seks, saksi, lokasi kejadian,

Artikel Lain