suria

Kampung bergelap selama 3 bulan, penduduk cipta ‘matahari’ sendiri

Biasanya fenomena gelap itu berlarutan selama 90 hari antara November sehingga Februari.

VIGANELLA, sebuah perkampungan kecil di utara Itali mengalami fenomena gelap selama tiga bulan dalam setahun.

Sepanjang tempoh itu, penduduk menggunakan cermin gergasi di atas salah sebuah gunung berhampiran untuk memantulkan cahaya yang mana ia disifatkan seperti matahari buatan manusia.

Cermin gergasi itu dibina pada tahun 2006 oleh penduduk kampung,

Untuk rekod, fenomena itu berlaku kerana kampung tersebut dikelilingi gunung, menyebabkan cahaya tidak sampai ke lokasi itu dalam tempoh berkenaan.

Biasanya, ia berlarutan selama 90 hari antara November sehingga Februari.

Perkara itu turut dijelaskan oleh Dr Karan Raj menerusi video di TikTok beliau.

"Kekurangan cahaya semulajadi boleh memberi kesan kepada mood, tidur, tahap tenaga dan kadar jenayah," ujarnya. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain