SEORANG lelaki maut selepas menggunakan gam esktra kuat untuk 'menutup' kemaluannya bagi menggantikan kondom. Salman Mirza, 25, menggunakan bahan pelekat itu pada kemaluannya bagi mengelakkan pasangannya hamil. Pasangan itu mendaftar masuk di sebuah hotel di Ahmedabad, India, pada 22 Jun lalu. Menurut polis, Salman ditemui tidak sedarkan diri keesokan hari. Menurut laporan Times of India, seorang pegawai polis dipetik sebagai berkata, pasangan itu memutuskan untuk menggunakan gam bagi mencegah kehamilan. Kejadian berlaku selepas mereka mengambil dadah, yang dicampur dengan bahan gam. Salman ditemui tidak sedarkan diri di semak berdekatan sebuah pangsapuri keesokan harinya dan dibawa pulang ke rumah. Bagaimanapun, keadaannya semakin parah dan dikejarkan ke hospital, sebelum disahkan meninggal dunia kerana organ gagal berfungsi. - Metro UK Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI