ORANG kata, dalam dunia ini ada tujuh individu yang memiliki wajah sama. Terbaharu, seorang anggota polis tular gara-gara memiliki wajah persis ahli gusti yang juga pelakon terkenal Hollywood, Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock. Foto Leftenan Eric Fields, 37, dari Alabama, Amerika Syarikat itu mula tular selepas ia dikongsi menerusi satu laman Facebook. Perkongsian foto itu menyebabkan dia mula dibandingkan dengan pelakon popular yang berusia 49 tahun itu. "Kenapa ada The Rock dalam gambar ini? Saya tertanya-tanya," tulis seorang netizen. Difahamkan, ada orang awam turut meminta untuk bergambar dengan pegawai itu selepas dia tular dan menjadi perhatian ramai. - Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI