suria

Pengetua sekolah makan sisa makanan pelajar, pupuk kesedaran elak pembaziran

Pengetua sekolah tu mahu mendidik pelajarnya bahawa pembaziran makanan itu adalah salah.

SEORANG pengetua sekolah menengah swasta di Oiyang, China, memakan sisa-sisa pelajar dari kantin sekolah untuk memberi kesedaran kepada mereka agar tidak membazir makanan.

Sebuah video kejadian menunjukkan Wang Yongxin berdiri di tong sampah di kafeteria dan menghalang pelajarnya membuang makanan mereka lalu memakan sisa tersebut.

Lelaki itu memakan sisa makanan sambil diperhatikan pelajar mereka dengan reaksi malu sementara yang lain mula menghabiskan makanan mereka setelah dihalang untuk membuangnya di tong sampah.

Pengetua berusia 58 tahun itu memberitahu dia telah memakan sisa makanan daripada tujuh pelajarnya sebanyak tiga kali sehari, sejak minggu lalu.

"Saya ingin memberi contoh kepada anak murid bahawa pembaziran makanan itu adalah salah. Tingkah laku saya bukan sahaja mengejutkan pelajar, malah guru-guru lain,” katanya.

Walaupun tindakannya untuk mencegah pembaziran makanan itu dipuji, namun ada yang menyuarakan kebimbangan mengenai risiko kesihatan.-INDIA TIMES

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain