suria

Nenek berusia 100 tahun bakal cipta rekod pemain angkat berat tertua

Edith kembali berlatih untuk pertandingan yang bakal berlangsung pada November.

SEORANG wanita berusia 100 tahun dari Florida, Amerika Syarikat (AS) bakal mencatat namanya di dalam Guinness World Records sebagai salah seorang pemain angkat berat tertua.

Rekod luar biasanya akan dicatatkan dalam buku 2022 setelah mengangkat berat sebanyak 68 kilogram (kg).

Edith Murway-Traina mengangkat berat tersebut ketika berusia 98 pada 2019, namun rekod itu diakui secara rasmi apabila dia mencapai usia 100 tahun.

Bekas guru tarian dan penari itu mula mengangkat angkat berat sejak sembilan tahun lalu selepas dipaksa pergi ke gim oleh rakannya.

Dia tertarik dengan sukan ini kerana suka menjadi perhatian ramai dan tepukan apabila berjaya mengangkat berat, sekali gus mengingatkan Edith tentang waktu persembahannya dahulu.

Bagaimanapun, doktor menyarankannya untuk berhenti dari melakukan hobinya itu disebabkan faktor usia.

Kini Edith kembali bersiap sedia untuk pertandingan pada bulan November di bawah pengawasan jurulatih Bill Beekley. -DAILYSTAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain