SEORANG wanita terpaksa menghalau suaminya dari bilik bersalin ketika melahirkan anak mereka kerana kehadirannya hanya memberi tekanan. Lelaki berkenaan kemudian meninggalkan isteri dan anak mereka di hospital. Perkara tersebut dikongsikan ibu berkenaan menerusi laman sosial Reddit. Wanita itu menjelaskan suaminya sebak ketika dia melahirkan anak, dan keadaan itu sebenarnya menambahkan tekanan pada dirinya, hingga memaksa suaminya keluar. Susulan kejadian itu, suaminya terkilan kerana terlepas momen istimewa yang menyaksikan bayi pertamanya dilahirkan. Wanita berusia 27 tahun itu menjelaskan suaminya mudah berasa tertekan, dan minta suaminya berjanji untuk mengawal keadaan ketika dia bersalin. Bagaimanapun, suaminya berasa tertekan dan menangis sebaik memasuki bilik bersalin, sehingga tidak mempedulikan mahupun memegang erat tangan isterinya ketika melahirkan anak. Lelaki itu berang selepas dihalau isterinya, sehingga enggan untuk melawat isteri di hospital, mahupun berjumpa dengan anaknya sehingga kedua-duanya discaj. - Mirror Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI