suria

Dua pelancong terjatuh ketika mendaki tebing, mati serta-merta di tempat kejadian

Mayat mereka ditemui di antara dua gua, yang dikenali sebagai Cala Mitjana dan Cala Sa Nau oleh penduduk tempatan. Foto: Solarpix

DUA pelancong maut selepas terjatuh ketika melakukan pendakian di tebing batu di pesisir pantai Majorca, Sepanyol.

Kedua-dua mangsa yang merupakan lelaki warga Amerika berusia berusia 25 dan 35 tahun itu dipercayai terjatuh ketika melakukan aktiviti yang dikenali sebagai psicobloc.

Mayat mereka ditemui di antara dua gua, yang dikenali sebagai Cala Mitjana dan Cala Sa Nau oleh penduduk tempatan.

Saksi yang menemui mayat pelancong berkenaan segera menghubungi talian 999.

"Bantuan pernafasan (CPR) dilakukan terhadap kedua-dua lelaki itu tetapi malangnya nyawa mereka tidak dapat diselamatkan dan mereka disahkan mati di tempat kejadian," kata Ketua Pusat Penyelamat Maritim Balearic di Palma, Miguel Chicon.

Satu siasatan turut dilancarkan susulan tragedi tersebut.

Sementara itu bedah siasat turut dilakukan bagi menentukan punca kematian dua pelancong berkenaan sama ada disebabkan lemas atau kecederaan di kepala. - Metro.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain