SEORANG wanita berpakaian seperti rahib menarik perhatian ramai apabila dilihat bermain dengan 'rangka manusia' di sebuah tanah perkuburan di Hull, timur Yorkshire, baru-baru ini. Selain prop rangka manusia yang biasa dilihat di makmal, turut kelihatan bersamanya adalah rangka seekor haiwan seperti anjing. Seorang saksi berkata: "Dari luarannya, kelihatan dia berdiri di tanah perkuburan yang bertentangan pintu masuk sekolah Hymers. Dia seolah-olah menari dengan rangka itu. "Aksinya jelas menarik perhatian dengan ramai orang berhenti untuk menontonnya!" Dilaporkan bahawa insiden aneh itu dirakam oleh seorang individu yang berada di tempat kejadian sebelum pukul 12.00 tengah hari. Ramai yang menyifatkan aksi tersebut berkemungkinan sebahagian daripada lakonan atau rakaman untuk projek tertentu. Namun sehingga kini masih belum diketahui mengenai apa yang sebenarnya berlaku ketika itu. - Metro.co.uk Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI