suria

Lelaki ini mengakui hanya tidur 30 minit sehari

RUTIN harian Hori dirakam selama tiga hari oleh stesen penyiaran di Jepun baru-baru ini. — Agensi

SEORANG lelaki di Jepun baru-baru ini mendakwa dia mampu tidur selama 30 minit sahaja setiap hari sejak 12 tahun lalu.

Daisuke Hori mengakui melakukan perkara itu ketika muncul dalam satu program televisyen Jepun.

Menurut Hori, dia merasakan tidur selama 16 jam sehari menyekatnya daripada melakukan semua perkara yang mahu dilakukan sepanjang hari.

Ekoran dakwaannya itu, penerbit rancangan televisyen mencabar Hori untuk merakamkan rutin hariannya selama tiga hari.

Hori menerima cabaran itu bagi membuktikan dakwaannya itu adalah benar.

Pada hari pertama rakaman, Hori tidur pada pukul 2 pagi dan hanya melelapkan mata selama kira-kira 26 minit sahaja. Menariknya, dia mampu bangun daripada tidur tanpa mengunci jam penggera.

Dia kemudiannya bersiap dan melakukan aktiviti meluncur bersama rakan-rakannya pada tengah malam sebelum bersenam di gimnasium dan pulang ke rumah.

Sepanjang tiga hari rakaman itu dibuat, Hori menghabiskan waktu malamnya dengan bermain permainan video, meluncur dan lepak bersama rakan-rakannya.

Apa yang melucukan, kesemua rakan-rakannya juga tidur dalam tempoh singkat seperti Hori.

Hori juga merupakan pengerusi bagi persatuan untuk mereka yang tidur pada waktu singkat di Jepun dan kini mengajar orang ramai tentang cara mengurangkan jadual tidur seharian bagi menikmati kehidupan dengan lebih bermakna. — Oddity Central

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Daisuke Hori, tidur, Jepun

Artikel Lain