SEORANG selebriti Instagram menerima padah gara-gara berkongsi videonya menari di tengah-tengah jalan raya di laman sosial berkenaan. Dalam video tersebut, Shreya Kalra dilihat menari di lintasan pejalan kaki di Rasoma Square, Madhya Pradesh, sebuah negeri di India. Aksi tersebut dilakukannya sebagai menyahut cabaran di media sosial di mana seseorang menari dengan diiringi lagu penyanyi popular, Doja Cat berjudul Woman. Kelihatan kenderaan turut berhenti ketika lampu isyarat bertukar merah sewaktu Instafamous itu sedang menari. Berpakaian serba hitam, Shreya turut dilihat tidak memakai topeng pelitup muka. Bagaimanapun selepas video tersebut menjadi viral, polis bertindak mengeluarkan notis saman kepada gadis itu kerana melanggar peraturan lalu lintas. - India.com Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!