suria

Cuaca panas melampau, saintis guna dron untuk hasilkan hujan palsu

Teknologi tersebut digunakan untuk menghasilakn hujan ketika suhu musim panas melonjak 48 darjah Selsius di Dubai,

PARA saintis di Emiriah Arab Bersatu (UAE) menggunakan teknologi dron baharu dalam usaha untuk membawa peningkatan hujan ke negara padang pasir itu.

Teknologi pembuatan hujan, yang dikenal sebagai penyemaian awan digunakan ketika suhu musim panas melonjak 48 darjah Selsius di Dubai,.

Kaedah pembenihan awan tersebut menggunakan dron yang melepaskan caj elektrik dan mendorong ia bergabung untuk menghasilkan hujan.

Pada Ahad, Pusat Meteorologi Nasional UAE mengeluarkan rakaman video hujan lebat, yang menunjukkan bahawa teknologi telah terbukti berjaya.

Pusat itu mengatakan pemendapan ditingkatkan dengan teknik yang dikenali sebagai pembenihan awan. -INDIA TIMES

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain