suria

Terpanjang di dunia, Jambatan Pickering boleh bikin pejalan kaki penat

JAMBATAN Pickering menghubungkan stesen Kereta Api Pickering Go ke Pusat Bandar Pickering. — Agensi

JAMBATAN Pickering di lebuh raya Ontario, Kanada memecahkan rekod dunia Guinness sebagai jambatan pejalan kaki tertutup terpanjang baru-baru ini.

Jambatan yang dibina oleh Metrolinx di atas Lebuhraya 401 itu rasmi diukur pada panjang 249.9 meter.

Menurut jurucakap Metrolinx, Anne Marie Aikins, jambatan itu siap pada bulan September 2018.

"Kami telah menjalankan pemeriksaan terhadap jambatan pejalan kaki lain di dunia dan tiada yang lebih panjang daripada Pickering.

"Oleh yang demikian kami membuat permohonan kepada Guinness World Record pada tahun 2020 untuk mengesahkan perkara itu," katanya.

Tambahnya lagi, proses untuk menentukan rekod dunia dan mendapat persetujuan Guinness memakan masa lebih dari setahun.

Katanya lagi, Jambatan Pickering menghubungkan stesen Kereta Api Pickering Go ke Pusat Bandar Pickering.

"Jambatan itu terbentang di atas lebuhraya yang mempunyai 14 laluan, enam landasan kereta api dan jalan raya bandar," katanya.

"Ia juga merupakan salah satu mercu tanda kebanggaan penduduk di Ontario," ujarnya. — AGENSI

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain