JIJIK! Begitulah gambaran menerusi video yang menunjukkan sekumpulan pekerja membungkus produk roti kering di sebuah kilang.
Menerusi video yang tular di media sosial, para pekerja dilihat duduk dengan kaki mereka memijak roti kering yang diletakkan di atas dulang di lantai.
Salah seorang pekerja dilihat memasukkan roti kering, dan menjilat makanan tersebut.
Keadaan itu cukup jelas bagaimana keadaan tersebut dilakukan dengan sengaja.
Video tersebut dikongsi menerusi akaun Instagram bernama Giedde yang meraih lebih 36,000 tontonan.
Kejadian dipercayai berlaku di India.
Rata-rata netizen berang dengan insiden yang berlaku dan mendesak agar tindakan tegas dikenakan ke atas pelaku di dalam video.
Malah, antara netizen meminta pelaku tersebut ditahan di atas perbuatan mereka. - India Times
Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI
TONTON VIDEO PILIHAN!