GARA-GARA cuba 'menyeludup' ayam goreng KFC, dua lelaki di New Zealand ditahan kerana melanggar perintah kawalan pergerakan Covid-19. Sewaktu ditahan, pihak berkuasa menemukan tiga kotak besar ayam goreng, 10 kotak 'coleslaw' dan kotak kentang goreng yang banyak serta wang tunai berjumlah 51,000 pound (RM291,567). ARTIKEL BERKAITAN: Pesakit terakhir disahkan pulih, New Zealand kini bebas Covid-19! ARTIKEL BERKAITAN: Peninju muda maut diserang di New Zealand, 4 lelaki ditahan Mereka ditahan ketika dalam perjalanan dari Hamilton, kira-kira 120 kilometer di selatan Auckland. Di bawah tahap empat perintah kawalan pergerakan negara itu, semua restoran dan kafe termasuk perkhidmatan membungkus makanan ditutup. Kedua-duanya berusia 23 dan 30 tahun, boleh dikenakan denda melebihi 2,000 pound (RM11,434) atau penjara selama enam bulan jika didapati bersalah. Menurut jurucakap pihak berkuasa, suspek ditahan selepas polis menyedari sebuah kenderaan yang mencurigakan di pinggir bandar. "Sewaktu mereka melihat kereta polis, kenderaan itu melakukan pusingan U dan cuba memecut laju. "Kenderaan itu diperiksa dan polis menjumpai sejumlah wang tunai dan makanan yang dibungkus," kata jurucakap terbabit yang tidak didedahkan identitinya. Minggu lalu, seorang lelaki berusia 20 tahun didakwa selepas memuat naik sebuah video di TikTok menunjukkan dia meninggalkan Auckland dan membeli McDonald's. — Mirror [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]