BAGI pasangan suami isteri, tentunya saat menyambut kelahiran anak adalah detik paling menggembirakan. Namun pasangan dari Bangladesh ini diuji apabila bayi kedua mereka mengalami sindrom Progreria atau mengalami penuaan lapan kali cepat berbanding orang lain. ARTIKEL BERKAITAN: Tak berhati perut! Hanya kerana menyusukan bayi, tiga beranak dihalau dari restoran ARTIKEL BERKAITAN: Anak diculik 14 tahun lalu bertemu kembali ibu selepas mesej di Facebook Akibat sindrom yang dialaminya, wajah bayi tersebut kelihatan seperti seorang berusia 80 tahun. Kulit bayi itu sangat berkedut dan tubuhnya dipenuhi bulu roma. Bapa bayi tersebut, Biswajit Patro bagaimanapun tidak merasa sedih dengan keadaan bayinya. "Bayi itu kelihatan tua kerana bapanya juga nampak lebih berumur daripada usianya. Saya hanya berharap bayi itu panjang umur dan sihat," kata bapa saudara bayi berkenaan, Arabindu Mondal. Kebanyakan pesakit Progreria kebiasaannya akan meninggal dunia pada usia sangat muda. Namun menurut keterangan doktor, ketika ini keadaan ibu dan bayi berkenaan sangat stabil. — Detik Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI