suria

Nak jimat bila melancong? Wanita ini kongsi cara elak caj mahal

ANYA Iakovlieva menggunakan sarung bantal untuk mengisi pakaiannya ketika menaiki penerbangan. — TikTok

JIKA sesiapa pernah berdepan situasi kos luggage atau bagasi lagi mahal berbanding harga tiket penerbangan, nyata anda tidak berkeseorangan.

Seorang pengguna media sosial TikTok, Anya Iakovlieva tampil dengan idea ‘bernas’ dengan hanya berbekalkan bantal.

Iakovlieva yang menggunakan nama @nolimitua di akaun TikToknya berkongsi satu video yang menunjukkan sedang mengisi pakaian ke dalam sarung bantal.

Kemudiannya, Iakovlieva dilihat meletakkan bantalnya di atas beg pakaian dan memeluknya sejurus berjaya memasuki pesawat.

Video yang bertajuk "the best travel hack ever - pillow flies for free" turut disertakan dengan rakaman suara yang berbunyi ‘tiada siapa pun tahu, bagaimana mereka boleh tahu?’

@nolimitua

##travelhack ##travelhacks ##pillowtransformation ##lifehack ##travellight ##noonesgonnaknow ##traveltips ##travellife ##traveltip

♬ how would they know bad girls club - Chris Gleason

“Bagaimana mereka tahu? Saya memanggilnya X-ray. X-ray tidak ada kaitan dengan keperluan bayaran ke atas beg yang dibawa.

“Caj dikenakan oleh syarikat penerbangan dan X-ray untuk keselamatan,” menurut salah satu komen pengguna TikTok.

Ada juga yang meninggalkan komen secara berjenaka dengan menganggap pendedahan ini membolehkan syarikat penerbangan mengenakan caj tambahan.

“Sekarang semua orang akan tahu, mereka akan kenakan caj ke atas bantal pada 2022,” katanya.

Ada juga komen pengguna lain mengatakan sesetengah penerbangan tidak membenarkan beg dibawa, begitu juga dengan bantal.

Bagaimanapun, Iakovlieva memberikan reaksi yang dia sudah pun melakukannya sebanyak enam kali. — Mirror

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

tiktok, penerbangan, luggage

Artikel Lain