suria

'Pilot' ini dedah peraturan ketat ketika bertugas, hanya diberi dua set makanan

Juruterbang hanya akan diberikan dua set makanan berbeza ketika bertugas.

KERJAYA sebagai pilot antara karier yang diidamkan ramai orang kerana berpeluang melancong ke negara orang mahu pun dijanjikan gaji yang tinggi.

Begitu juga buat penumpang, setiap kali menaiki penerbangan untuk ke mana-mana destinasi, hidangan kabin antara perkara utama yang bermain di fikiran.

Daripada menu, semuanya cukup lazat untuk dinikmati penumpang tetapi pernah kita terlintas bila dan apakah yang akan dimakan oleh juruterbang?

ARTIKEL BERKAITAN: Gatal dan melecur! Pesakit Covid-19 dakwa alami alergi jika warna rambut

ARTIKEL BERKAITAN: Sotong tunjuk penyelam lokasi cincin perkahwinan yang hilang

Seorang juruterbang tampil berkongsi cerita sebenar dan peraturan ketat yang perlu diikut semasa penerbangan.

Harrison Murray menerusi akaun TikToknya @pilot_geeza bertugas mengendalikan Boeing 747 menceritakan hakikat sebenar yang dihadapi dalam industri penerbangan.

Baru-baru ini, Murray membuat soal jawab bersama pengikutnya dan terdapat seorang daripada pengikut tampil dengan satu soalan bagi mendapatkan kepastian sebenar.

“Adakah benar kedua-dua juruterbang tidak dibenarkan makan makanan yang sama?,” soal salah seorang pengikut Murray.

Menjawab kepada persoalan itu, Murray berkata, “Ia memang benar”.

“Kami akan sentiasa dapat hidangan berbeza. Tetapi saya hanya boleh makan sandwich,” kata Murray.

Video perkongsian itu mendapat lebih 970,000 kali tontonan dan mendapat 63,000 tanda suka.

Kebanyakan pengguna lain turut mengucapkan terima kasih kepada Murray atas perkongsiannya.

“Wow.. belajar sesuatu yang baharu setiap hari,” kata seorang pengguna TikTok. — ladbible

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

makanan, juruterbang, boeing 747

Artikel Lain